21 Jan
Pindah Rumah Baru
Semalam 20 Januari 2010….Nampak gayanya rumah lame dh boleh pindah ke rumah baru…di bawah kelolaan Pelise@ariyako@org pindah rumah baru best memang best tp besala ene kemas rumah baru wat tu wat ni…tukar tu tukar ni…banyak benda lagi….dpt free saper x suke…thanxx tu ariyako.org…kerana memberi pelise tuk berblog lebih sakan lagi…hehehe….ok…berblog tetap berblog…tp macam besela…aku ni kan poyo sikit so kalau berblog tu ikut mood la katakan…hehehehe….akan kucuba memberi blog yg lebih rancak or maybe luscious sikit…agar tampak lebih femini….wahahahaha xd maknanyer….!!!
>>>>BLOG BARU PELISE.ARIYAKO.ORG
19 Jan
Kau Busuk Otak Kau Pun Busuk
Ni gambar aku pinjam dr blog org yg memang aku salute…Jamil Kucing The CatMan…susah nak cari org yg sanggup pelihara binatang terbiar ni…hmmm…sedih pun ader moga2 usaha abg JAMIL ni brhasil n murah REZEKI!!!!
Hari ni aku nak wat sedikit luahan perasaan tentang sikap segelintir manusia yang anggap diri dia makhluk Tuhan paling baik agaknya…Aku mmg marah sangat-sangat, apalah salah si KUCING kalau tak suka haiwan tu xpayah kau nak halau die dengan simbah air panas bagai….aper KAU xd hati perut ker….ker perut KAU tu mmg O…Bongok punya orang….binatang nama pun binatang…normal la die datang ke kedai KAU duduk bawah meja yang penting die x ganggu pekerjaan KAU n xpernah nak ganggu periuk nasi KAU…Aku rasa la kan kalau binatang tu boleh bercakap mesti die dah makikan KAU!!!!! “BONGOK, OTAK KAT LUTUT!!!!KAU INGAT X SAKIT KER BADAN AKU KENA AIR PANAS!!!!MANUSIA DURJANA!!!!”
Sejahat-jahat aku pun x sampai hati aku nak aniaya binatang tu….Patutla aku tengok kedai KAU x laku…Letak lauk kat depan pun….kedai yang lain aku tengok ramai orang….tp kedai ko rupe2nyer hati KAU BUSUK LAGI BAU DARI BANGKAI!!!!HANYIR!!!! MANUSIA KEJAM…!!!!
Bagi pihak binatang-binatang yang dianiaya kat dunia ni…aku doakan setiap titik derita yang dialami n setiap titik deraan yang dialami juga setiap sakit yang ditahan….Aku doakan orang yang kejam tu mendapat balasannya kelak!!!!AMINNN!!!!
p/s>>asalnyer ni citer semalam pagi tp aku lambat update...
aku harap sape-sape yang terbaca amikla iktibar...
bintang ni dorang pun ader rs sakit jugak...ader rasa pedih...
dari aper yang aku tau...
kiter g makan kat kedai n campakkan makanan pada dorang biler dorang
datang "mengiaowww" tu...dorang akan doakan kesejahteraan kiter...
wallahualamm...
18 Jan
Susulan Pulapol
Continue from 2Bulan 13hari nyer post td…wif pic…
Ni pic yg sempat aku berposing amik gambar ngan die masa melawat semalam…Masa aku sampai dlm kol 13.35 wahhh….haha..ikut time 24 hrs dh cam dorang plak…poyo sehhh
….huhu…Die kene denda sebab lambat sampai kat aku…die sampai dlm kul 14.00 mcm tu la…maner la aku tau die time tu baru lepas g botakkan kepala…aku fikir nk wat surprise ler konon…last2 tengok die kene turun 40(bangkit tubi)…cian die atas sebab2
1st:- keadaan xkemas sebab nampak rambut2 yg dipotong tu…
2nd:-sebab lambat lapor diri kat balai pengawal ker balai pelawat ntah aper ntah…
dorang mmg tegas la…sedih aku tengok…tp kurang2 pun terlepas la jugak rindu terubat rindudi hati…cewahhh…moga2 Tuhan akan tabahkan hati die rempuh terbabooowwww
dugaan2 kat dalam tu…aminnnn!!!!
2nd pic kami…

tengokk muka die lelah…penat kene pumping gak nyer…hmmm
merah muka die time tu…skang dh gelap wakakaka….nmpak gayanyer boleh challenge la aku haha…ada harapan tuk beta lebih putih dan cerah dr die….keskeskes!!!
3rd pic

masa mula2 sampai, kawan aku yg cam die bukan aku….haha…die la yg teman aku g PULAPOL…seb baik x sesat…ader Google Maps…klu x xtau la den…1st time nk g katakan…
4th

yg ni paling aku xbleh tahan…..rasa time tu nak pecah perut ketawa…haahahhahaha
tapi aku tahankan…bukan main tegak lagi…walhal aku yg suruh…kata dah nak jadi PoLiS kan…so macam maner die berkawad cam tu la aku nk tgok gambar die…dh la botak licin…silau biji mata den tengok…sori yangggg gurau2 jerk yer!!!
Part paling aku sayu tengok….masa nak balik die kene lapor diri sekali lagi tuk tamatkan sesi lawatan pelawat…masa aku masuk tu, ader la polis senior kat dlm tu cam tunjuk die kertas pelawat yg aku isi tu…die cakap macam ni kat kawan die “Ko panggil budak ni…lambat lapor!!!” pastu aku kuar aku tengok die masuk lapor diri pastu kene pumping lagi …pastu kuar kene marah…(bukan die sorang jerk ader gak la yg len2 kene gak…!!!) pastu masuk balik kene marah lagi kene pumping lagi bape PULOH dah aku pun xtau…aku stilll x balik gak nk tengok die konon nak bg semangat la hehe…tp die suruh aku balik dulu…aku xnak
sedih tengok keadaan die cam tu…kuar masuk kuar masuk x lepas2 lagi…tengok gaya polis2 kat dlm tu cam saje pun ader…hmmm sabarlah yangg…tinggal baper ari lagi…2 bulan lagi k!!!Doa shiela sentiasa ngan sayang…!!!Amin…mak abah doakan sekali yer…moga2 dikuatkan semangat die!!!!
18 Jan
2Bulan 13Hari
p/s>>gambar tertinggal la...xp nnti dpt jerk pic aku terus upload kat sini...wat kenangan masa silam...hmmm
6 Jan
Pesanan Seorang Rakan…Iqra’
Sekadar menyampaikan. …… Pesanan terbaik dari seorang rakan….aku dapat dr blog Isuhangat.Net…
Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.. Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.. Iqra’…..! Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind… Recite 3x : 1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”. Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Wassalam .2 Jan
Today is Saturday!!!
p/s>>>sebal hati aku....feel weird...so clumsyyyyy!!!
24 Dec
Email memancing Maybank2u
Aku saje letak entri yg aku baca dari sebuah blog famous n KREDIT TO Isuhangat.Net…Aku rasa entri cukup bagus tuk tatapan semua orang tuk tujuan keselamatan kepada sesiapa yg menggunkan khidmat online bank mcm Maybank2U, Cimbclicks, PBEbank, EONBank, BSNonline, aper lg yer….tu jerk la yg aku rajin pastekan…
Xnak citer banyak just bace n amik tau psl benda2 macam ni k xpecially to all of u who use online bank…Just for info n knowledge…
Susulan dari post di isuhangat sebelum ini, http://www.isuhangat.net/2009/12/09/maybank2u-jangan-suka-suka-klik/ dan saya terbaca di sebuah blog mangsa bahawa Maybank2u tidak boleh buat apa-apa walaupun mangsa sudah mendedahkan identiti pencuri lahanat cyber tu dan walau pun sudah buat laporan polis. Ini bermakna kalau sudah terkena, peluang nak dapat balik duit kita yang kena kebas tu tu memang nipis.
Kepada semua pengguna perbankan internet hati-hati dengan email phising Maybank2u. Saya dapat email ini semalam dan hari ini ibarat pencuri yang tak takut dosa tu semakin berani ‘memancing’. Jangan salah klik – sekali tersalah klik bermakna duit anda akan terbang melalui pelayaran data melalui media tertentu terus ke akaun pencuri cyber ni.
Tajuk Email : IMPORTANT – URGENT CONFIRMATION
Nama Sender : Maybank Berhad (kununn)
Bagaimana nak mengenal email phising ini?
1. Untuk pengguna gmail, setiap kali anda mendapat email dari Maybank,CIMB dan mana-mana bank lah. Klik “show detail”
Apabila sudah show detail anda akan mendapat tahu alamat email penghantar yang sebenar
untuk kes ini, alamat email ialah : info@a1alerts11.com ( confirm bukan dari Maybank2u)

Link yang diberi: http://www.statem2unow.com/Message.html (confirm bukan dari maybank2u). Macam mana nak detect? Untuk pengguna Mozilla Browser, hanya klik kanan – copy link adress dan pastekan ke notepad ke tapi jangan paste di URL Bar browser anda!
2. Jika anda sudah pasti email tersebut ialah email phising , apa yang perlu kita buat ialah untuk pengguna gmail, klik reply –> pilih Report phising
Apabila saya cuba mengesan tuan punya domain perompak cyber ini;
west-may2u.com , domain ini telah didaftar dengan hosting luar negara iaitu godaddy.com dan telah dilaporkan sebagai SCAM dan tiada detail mengenai tuan punya owner ini
Perbankan melalui internet sebenarnya adalah selamat tetapi pengguna Maybank2u, cimb clicks, bankislam.biz dan sebagainya , sedikit ilmu pengetahuan IT adalah diperlukan selain dari tahu delete cookies dan file, kita mesti tahu ilmu email phising ni.
Sebarkan…
p/s>>ingat korg sume amik tau gak psl benda ni tau..jgn wat leka
takut kiter plak yg terkena nanti...BERHATI-HATI K GUYS....!!!
11 Dec
Makna CINTA Dari NamaMu
ENTRI SUKA SUKI….ini entri bosan yang aku fikir boleh mengupdate blog aku hari ni…ahh bosan bolehla daripada der…
N – ..pemberi ciuman yang bagus juga
O – ..mempunyai personaliti yang bagus
R – ..seorang yang lucu
S – ..membuat orang tertawa
H – ..setia kepada yang satu
A – ..seorang yang gila-gila
H – ..setia kepada yang satu
I – ..manis dan romatis
L – ..pemberi ciuman yang bagus
A – ..seorang yang gila-gila
W – ..bisa menjadi lucu dan tolol dalam satu waktu
A – ..seorang yang gila-gila
T – ..senyuman yang menawan
I – ..manis dan romatis
p/s>>korang nak wat gak ker…nak masuk cnie aku dapat pun dari Ariyako nyer facebook…kuikuikui… klik sini ok!!!
10 Dec
seminggu
3 Dec
Cool x Cool
Hari ni aku saje jerk nk kecoh2 kan gambar2 buatan….kuangkuangkuang
Model gambar ni ramai….Antaranyer, IALAH
Babe Lynn Topo…!!!
Cutest Ajimxxx….hehe nephew aku la….
Nephew gak…Mamat Poyo title die…
Ni aku dan Dia…heppp jgn banyak tanyer…!! RINDU die…hmm~
p/s>>jgn banyak tanyer…
p/s>>>jgn banyak komen…
p/s>>>>tengok ajer sbb ini entri masa bosan…
Nak wat masuk sendiri yer…CoolPhoto.Me
1 Dec
Kesunyian…
Teman ku gambar
Teman ku sebentuk cincin
Teman ku ayat-ayat nyerr
Teman ku bayangan suaranyerr
Teman ku hadiah pemberiannyerr
Teman ku sepotong ayat yg berharga dari nyerr
Sunyi nyer hati ini diri ini hari ini saat ini
Sunyi tanpa bunyi panggilannyerr
Sunyi tanpa suara darinyerr
Sunyi sebentar hidup ini
Jangan selamanya begini
Jangan jauhkan dirinyerr dariku
Jangan hilangkan hatiku darinyerr
Jangan hilangkan AKU di hatinyerr
Jangan Jangann Jangannn…..
Dengan izinMU ku pohon simpatiMU…..
25 Nov
1 Dis 2009 – 31 Mac 2009
25 Nov
Hmmmm…..Kesayangan
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
14 Sep
Aku Melihat Dunia…

Tahniah my frenz….Ingat x pasal kwn aku yg baru kawin ‘LYNNDA MARTOPO’…itu nama gelaran yg aku bg jerk…die dh dpt baby….cute little baby chinese mix k…comel tol baby-baby ni kan…hmmm so cute…aku letak jerk la gmbar die yer…
Comel kan…mata ikut mak…baby mmg comel…name die MUHAMMAD DHANI aper ntah ader lagi…hes so cute…geram aku tgok…dilahirkan tanggal 25 Aug 2009 di Hospital Besar, Melaka…nampaknyer dh jd makcik ler aku…

Suke gambar ni…die nampak comel sgt n mata besar kuyu jerk ikut mata mak…cian die pernah terken flu gara-gara aku cium die …sory sayang yer…cik shiela x sengaja…die suke mencebik…like his mother…suke wat mulut…comel kan…













Recent Comments