Posts Tagged ‘abadi’

Pindah Rumah Baru

Semalam 20 Januari 2010….Nampak gayanya rumah lame dh boleh pindah ke rumah baru…di bawah kelolaan Pelise@ariyako@org  pindah rumah baru best memang best tp besala ene kemas rumah baru wat tu wat ni…tukar tu tukar ni…banyak benda lagi….dpt free saper x suke…thanxx tu ariyako.org…kerana memberi pelise tuk berblog lebih sakan lagi…hehehe….ok…berblog tetap berblog…tp macam besela…aku ni kan poyo sikit so kalau berblog tu ikut mood la katakan…hehehehe….akan kucuba memberi blog yg lebih rancak or maybe luscious sikit…agar tampak lebih femini….wahahahaha xd maknanyer….!!!

>>>>BLOG BARU PELISE.ARIYAKO.ORG 

Advertisements

Pesanan Seorang Rakan…Iqra’

Sekadar menyampaikan. …… Pesanan terbaik dari seorang rakan….aku dapat dr blog Isuhangat.Net

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama,
kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga,
surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ . Betul juga, fikir saya.
Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama,
kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua,
kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..
Ketiga,
kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
Iqra’…..!
Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…
Recite 3x : 1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.
Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Wassalam .

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

1st of all, aku nk ucapkan terima kasih kat isuhangat blogspot sebab aku dapatkan entri ni dr ctu sebagai renungan bersama….aku suke entri ni xtau naper…korang bace jerk la…

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 

p/s i >>sebagai renungan hargailah org yg anda sayang…hari ni dengan die, esok dengan die tapi lusa belom tentu dapat bersama die…

p/s ii >> die = merangkumi semuanya mak, ayah, abang, kakak, c dia…

Masa Time Era Epoch

 
masa1
Masa…
Reti ker menghargai masa Kalau xreti Jangan cakap xcukup masa Jangan memalukan diri Jangan berani cakap yg kau boleh buat kalau cukup masa Sedangkan masa yg ada pun kau x hargai Inikan ko nk tambah masa
Sudahlah tu Dia dh berikan masa yg cukup Tapi kau aku reti ker menghargai Aku malulah Malu sebab xreti menghargai masa Malu sebab aku xreti nk gunakan dengan sepuas2nya
Hahhhhhhh Biarkan aku jerit Biarkan Kau peduli aper Aku jerit sebab xcukup masa Sama macam kau Sama macam yg lain2 Aku bosan lah Itulah yg aku selalu cakap Walhal sebenarnya macam2 aku boleh buat Tapi aku xnk
Aku yg jual mahal menghadapi masa Bila ia datang aku pandang remeh jerk Aku cakap relax ar Banyak masa Bukan aku Bukan kau Habis tu sape yg cakap macam tu Hantu setan Haahhhh Persetankan tu sume Rugi betol aku xreti mengharagai masa Masa aku nak minta maaf xmenggunakan kau dengan wajar
Bodohkah aku Memang pun Kasarkah aku melayan kau masa Memang pun Tapi aku tetap dengan cara aku Tanpa perubahan Aku layan kau sama jerk Xder bedanya Huh Mengeluh Itu jerklah yg kau tau buat Yg aku tau buat Habis nak suh wat aper Hahaha
Biler nak mula belajar Gunakan masa dengan wajar Jangan pandang enteng Kelak kau akan merana macam aku Macam kau juga yg baca coretan aku….
Pssstt…>>>Aku hanya olahkan aper yg aku rase berat tertimpa di bahuku….

Aku Rindulaaa….

Aku rindulaaa…

Rindu yang membuak-buak di dada…bila akan surut rindu ni…kadang-kadang aku jelez sangat2 ngan pasangan yang duduk berdua makan bersama, jalan2 shopping, seronoknyer…bukan aku xdapat tp aku rinduu benda2 macam tu…rindu sangat…orang yang aku sayang terpaksa bekerja…jumpa pun seminggu sekali jerk kadang2 tu xdapat jumpa jugak coz kerja die…tapi takkan la aku nak cakap”yang.., xpayahlah g keje…” giler ker aper aku nak cakap macam tu dah name pun keje…xkan nak halang pulak kot…aishhhh, rindunyerrrr….

Aku rindulaaa…

Rindu pada abah aku…abah, rindula…bila nak jumpa ni…abah asyik tepon tanyer kabar jerk n kadang2 kita gilir2 tepon…tapi tetap rindu kat abah…abahhhh…haaa apa yang xkena ngan aku ni dilanda kerinduan yang amat sangat ni…raya ari tu, aku hanya dapat mintak ampun n wish selamat ari raya kat abah dalam tepon jerk…nak jumpa pun xdapat…Ya Allah dugaan untukku ker ini…

Aku rindulaaa…

Rindu pada abang besar jugak…apala yang anak buah aku sedang buat skang ni ek…mesti tengah gelak2 coz die tu hyperxtive…kalau x sebab tido satu rumah dicanang kehulu kehilir memekak jerk…aku rase dah 2 tahun agaknyer umur anak buah aku tu…rindunyer aku pada abang besarku kat sana…kenapa la raya ari tu xbalik…Ya Tuhan, sampai satu saat xlarat aku menanggung rindu ini…tapi ku kuatkan juga untuk mengharungi qada dan qadar Mu…

Aku rindulaaa…

Saat rindu muncul dalam jiwa aku xberdaya nak menepis…aku dapat kekuatan itu tapi kelemahan juga yang menang…Kadang2 kubuatkan mimik yang gembira, ku gelak ku ketawa, ku senyum, ku tabahkan jiwa dan hatiku mengharunginya tapi apa daya sampai saatnyer perasaan itu kembali semula bertakhta di hati… 

Kalau esok org yg awk sayang BISU, apa yg awk nak dia ucap? Kalau esok org yg awk sayang PEKAK, apa yg awk nak dia dengar? Kalau esok org yg awk sayang BUTA, apa yg awk nak dia LIHAT? Tapi andainya, esok org yg awk sayang pergi untuk selamanya, INGATLAH x ada lagi awak untuk bersamanya…

P/S : Renungilah dan hargailah dirinya selagi dia masih ada…