Posts Tagged ‘eon’

Email memancing Maybank2u

Aku saje letak entri yg aku baca dari sebuah blog famous n KREDIT TO  Isuhangat.Net…Aku rasa entri cukup bagus tuk tatapan semua orang tuk tujuan keselamatan kepada sesiapa yg menggunkan khidmat online bank mcm Maybank2U, Cimbclicks, PBEbank, EONBank, BSNonline, aper lg yer….tu jerk la yg aku rajin pastekan…

Xnak citer banyak just bace n amik tau psl benda2 macam ni k xpecially to all of u who use online bank…Just for info n knowledge…

Susulan dari post di isuhangat sebelum ini, http://www.isuhangat.net/2009/12/09/maybank2u-jangan-suka-suka-klik/  dan saya terbaca di sebuah blog mangsa bahawa Maybank2u tidak boleh buat apa-apa walaupun mangsa sudah mendedahkan identiti pencuri lahanat cyber tu dan walau pun sudah buat laporan polis. Ini bermakna kalau sudah terkena, peluang nak dapat balik duit kita yang kena kebas tu tu memang nipis.

Kepada semua pengguna perbankan internet hati-hati dengan email phising Maybank2u. Saya  dapat email ini semalam dan hari ini ibarat pencuri yang tak takut dosa tu semakin berani ‘memancing’. Jangan salah klik – sekali tersalah klik bermakna duit anda akan terbang melalui pelayaran data melalui media tertentu terus ke akaun pencuri cyber ni.

Tajuk Email : IMPORTANT – URGENT CONFIRMATION 
Nama Sender : Maybank Berhad (kununn)

Bagaimana nak mengenal email phising ini?

1. Untuk pengguna gmail, setiap kali anda mendapat email dari Maybank,CIMB dan mana-mana bank lah. Klik “show detail”

Apabila sudah show detail anda akan mendapat tahu alamat email penghantar yang sebenar
untuk kes ini, alamat email ialah : info@a1alerts11.com ( confirm bukan dari Maybank2u)

penipuan internet maybank2u

Link yang diberi: http://www.statem2unow.com/Message.html (confirm bukan dari maybank2u). Macam mana nak detect? Untuk pengguna Mozilla Browser, hanya klik kanan – copy link adress dan pastekan ke notepad ke tapi jangan paste di URL Bar browser anda!

2. Jika anda sudah pasti email tersebut ialah email phising , apa yang perlu kita buat ialah untuk pengguna gmail, klik reply –> pilih Report phising

Apabila saya cuba mengesan tuan punya domain perompak cyber ini;

west-may2u.com , domain ini telah didaftar dengan hosting luar negara iaitu godaddy.com dan telah dilaporkan sebagai SCAM dan tiada detail mengenai tuan punya owner ini

Perbankan melalui internet sebenarnya adalah selamat tetapi pengguna Maybank2u, cimb clicks, bankislam.biz dan sebagainya , sedikit ilmu pengetahuan IT adalah diperlukan selain dari tahu delete cookies dan file, kita mesti tahu ilmu email phising ni.

Sebarkan…

 

p/s>>ingat korg sume amik tau gak psl benda ni tau..jgn wat leka 
takut kiter plak yg terkena nanti...BERHATI-HATI K GUYS....!!!