Posts Tagged ‘harapan’

2Bulan 13Hari

Semalam 17/01/2010, aku jumpa die dh kat PULAPOL…hmm rindu terubat sudah…besela kan…tp yang ciannyer die gelap sungguh hampir2 aku xkenal saper die….seb baik ader kawan aku ikut die la yang cam maner 1 JOY….kat sane jaga diri bebaik k….sebelum ni xpernah iron baju dh kene berdikari kan…sume2 dh kene wat sendiri….xp sabar sikit jerk lagi…skang ni tinggal 2 bulan 13 hari jerk lagi….sabar k yanggg…shiela sentiasa doakan syg tabah hadapi segala mungkin dugaan…aminnn….
p/s>>gambar tertinggal la...xp nnti dpt jerk pic aku terus upload kat sini...wat kenangan masa silam...hmmm
Advertisements

Keajaiban di peperangan Gaza

Aku terkedu biler bace artikel ni dari blog Isuhangat…Buat pedoman kita…yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang!!!

Allah-hu-akbar…

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza !!!”.
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52) .

p/s>>artikel ni pesan utk kiter semua....Allah-Hu-Akbar!!!!!

Persoalan…

12.03 pm (27 Mei 09)

Semua persoalan semua penantian akhirnya dh terjawab…aku pelise kene merelakan…walau aper pun klu  jodoh x kemana kan…entahla…tipulah klu x rindu bagai…mesti ader…tp sekali kiter masuk alam ‘PERCINTAAN’ kite kene berani berkorban…walau sekecil cume…tp ia tetap bererti…aku doakan kejayaan die…korg pun doakan jugak ek walaupun korg xtau menahu pun…hehe xkisah yg penting die berjaya…aku takut la tp aku x mampu menepis…menepis aper yg akan bakal atau mungkin berlaku…aku hanya mampu tawakkal n berserah…Aminnnnn……..
 p/s>>>pendek tp amat bermakna tuk aku…

Tahap Klimaks Seorang Hawa

Bismillahirahmanirrahim…
Hawa…tahap klimaks kami ada juga hadnya…kami terkenal dgn sifat penyayang, lemah lembut, sopan santun mcm2 lagi…tp kdg2 harus diingat lemah lembut seorang hawa bukan beerti die x tegas…contoh aku…(watper g jauh2 aku sudah!!) sabar sabar sabar paham paham paham…xpaham pun aku cuba fahamkan juga…akhirnya bila dh sampai tahap klimaks(aku suke perkataan tu) ke maner lagi aku ke Plurk meminta pandangan dr berbagai org, jenis manusia dan di sana aku kumpulkan pengetahuan…sambil berhibur sambil mengubati tahap klimaks yg aku sendiri “tercipta”kannya…(bukan semuanya salah aku ek!!!)
Terlebih sudah mukadimah panjang berjela…ampun aku pohonkan…
Sebenarnya tujuan aku berblog ari ni, coz aku nk bgtau nk sampaikan nk terangkan yg kami ni ‘HAWA’ memang sentiasa sabar dengan kaum ‘ADAM’…bukan maksud aku hanya kaum hawa jerk yg banyak sabar aku tau kaum adam pun banyak sabar (bergantung pada situasi…sesuatu perkara tersebut!!) kami ni kalau boleh xnak panjang2kan sesuatu perkara tu sebab kami fikir dr berpanjangan eloklah dihentikan…walau kami xmudah melupakan…x beerti kami ni xmudah memaafkan…(aku rs ramai x setuju ngan aper yg aku ckpkan ni…hehe…)
Senang macam ni lah, kaum lelaki cube kalau sesuatu yg nak keluar dr mulut anda difikirkan dulu tentang baik buruknyer kemudian barulah ketengahkan aper yg nak dicakapkan…mungkin itu lebih baik…kami kaum ‘HAWA’ faham lelaki penat letih kadang2 tersentap ngan keadaan yg begitu menekankan kepala…bukan kami xfaham tp seeloknyer jagalah perasaan org disekeliling anda…di belakang di kiri di kanan anda…di atas di bawah lain tu!!!huhu…
Kalau nk tegur, kami kaum HAWA boleh menerima teguran dan kami juga akan cuba perbaikinyer (xtau la plak klu ader org yg mudah marah biler ditegur…(^,^))kami ni mengambil berat beerti kami sayang dan kasih tp jangan diambil kesempatan tu untuk bermaharajalela sebagai khalifah di muka bumi ni…kami tau tanggungjawab kami, kami sedar sape kami, tp kami juga sedar yg kami ni selalu melebihkan anda2 dahulu barulah kami akan fikirkan diri kami…cakap banyak xnk…TEPUK DADA TANYA SELERA
p/s>>entri ni bukan pembakar kepada kaum ADAM tetapi kerakusan aku yg dh klimaks…
p/s>>>klu ader yg nk mengomen silakanlah…

Santapan Malam

Air yg berkocak kuat masih xdapat hentikan gusaran
Keheningan cahaya bulan, belum dapat menembusi hati
Akal menidak tp hati xdpt menafi
Sendirian bersama dgn sang malam ketenangan hampiri
kejap menjelma hilang bagai sang lebah yg sesat
Kerusi diduduk beralih tuk org yg x patut
Gusar tetap gusar tetap gusar
Hanya hilang bila kehendak akal yg mahu
datang kembali bila diguna-guna
Pengorbanan dah x bererti
Hanya bererti untuk mereka
Tidak untuk AKU
Tidak untuk kebebasanKU
Tidak untuk KetenanganKU
Tidak untuk semuanya
Hanya cahaya lampu yg meneman
Hanya si pensil, hanya si buku
Semuanya hanya benda-benda
Hanya itu kemampuanKU
Kelayakan yg AKU ada
Kehulu kehilir seorang diri ratapi nasib
Untuk apa, Buang masa dah tertulis pun
Redha yg mampu KU ukir
Cahaya yg hadir sentisa dinanti
Itu jer yg mampu dinanti

p/s>>aku aku dan aku

uncle roti

Semalam, mase aku balik keje dlm kul 640pm mcm tu ar lebihkurang…kat traffic light aku terserempak ngan “uncle roti”!! dari kecik aku duk melaka ni…dr tahun 1993 lagi sampai skang ni 2009 uncle tu masih lagi jual roti ngan motor die…xder perubahan langung…aku renungkn die aku tenungkan tetibe aku tertanyer2 wlaau dunia makin maju ngan bangunan tinggi2 merata2 dengan idea teknologi yg semakin maju skang ni…tp uncle tu tetap dgn menjual roti dr rumah ke rumah untuk dptkn pendapatan nak sara keluarga aku rasa…xkn la die nk berniaga suka2 plak yer x?!! hmm entahla…aku saje mengupdatekan blog aku yg dh kureng serba kekurangan ni…cau dulu la…daaa

Assalammualaikum wbt….byeee

Seksi…korang rase..?

1st of all, biar aku tegaskn kat cnie yg aku hanya nk curahkan luahkan berikan idea n ini berdasarkan pengalaman depan mata…aku dpt ilham biler baca blog ET >>> http://globe.thinker.my/seksi-pada-nama-telanjang-yang-nyata

Aper seksi pada mata korg?

-“aku pergi tapau…ader sorg pompuan yg umurnyer lingkungan umur aku jugak 20an la…die amik order, aku pun orderla…then, aku tunggu…dlm hati aku seraya berkata…mcm maner die bleh mcm tu?”
Kat ats tu adalah 1 scene yg aku sendiri alami dgn kwn aku…dlm kepala terfikir jgak bleh tahan menantu makcik ni…sexy!!!!! dgn tshirt lengan pendek nmpak ketiak tp pakai tudung…mcm ner rupa tu…kedai tu plak banyak org2 tua yg berkunjung minum petang…mkn tengahari pgi smpi petang la pendek kata…itulah aku sbg pompuan pun malu n segan…tp len org len peel, aku just nk tegaskn n aku seru kaum hawa kat luar sane…klu kiter bertudung biarlah dr hati niatkn untuk menutup aurat tp bukn untuk berfesyen bagai…aku buknlah org yg perfect n aku juga bukan kaum hawa pujaan kaum adam yg baik serba serbi…aku hanye seorg perempuan bernama Norshahilawati Salleh…aku juga bukn seorg yg memakai tudung k…tp hati n sanubari aku merasa malu biler tgok pd keadaan sekeliling…aku juga bukanlah seorg yg seksi seperti yg ET war2kn tentang seksi kat blog die tu…aku hanya aku…simple cool steady…n aku juga mungkin org yg berhak untuk kmen tentang org len tp aku hanya mencoret aper yg aku rase aku nk sume tau yg seksi xterletak pd ‘body shape’ tp pd diri kiter…pd siapa kiter yg sebenarnyer….nk diikutkan pompuan tu seksi dalam kotak mcm yg aku komen pd ko et!!
 
Itu ker seksi yg lelaki2 selalu war2kn yg selalu terpampang kat mata berangan kat kepala…ternampak2 terbayang2 bagai…aku pernah ingtkan kakak aku…(klu nk pakai tudung biar betol klu takat nk fesyen bagai xpyh pakai…jgn malukan diri sendiri depan org…) aku xtipu keinginan ader dlm diri aku untuk bertudung…aku sdg mendalami dan buku terbaru yg aku baca”peribadi muslim”…aku masih mendalami tentang kecetekan aku dlm agama n aku sdg ke arah tu…
 
Buat pengetahuan korg pembaca di luar sana, aku nk bgtau korg yg seksi sebenarnyer bukan pd bentuk tubuh seorg insan…mungkin die bdn berketul2 barulah lelaki yg seksi, dada berbulu (no way…) itu nmpak mmg seksi tp itu seksi dlm kotk…klu seksi jerk akal xder pun xgune jugak…seksi pada bentuk tubuh seorg wanita…mmg seksi..bak kata ariyako 38-26-32…hebat kn arie…klu bentuk tubuh mcm ni cutting model arie yg ckp, bukn aku…aku bgtau jerk…sume org nk bentuk tubuh mcm ni…tp mcm ner ngan org yg gempal…mereka ni seksi jugak aper? ok close topic bentuk tubuh…
 
Seksi…..pd mata aku seksi seseorg tu terletak pada pengetahuannyer, pd pemikirannyer luar jangkaan kiter…seseorg yg halus dirinyer…seseorg yg sukar dimengertikan sukar diketahui akan diri die yg sebenarnyer…seseorg yg misteri…dats call sexy…itu makna seksi dlm pengertian aku…korg cam ner…?klu die seorg yg lebih ilmunyer dr aku lg aku suke…die seksi biler dipandang sdg memikirkan sesuatu…lebihkah aku membuat bayangan…!!hahaha…
p/s>>seksi itu biler saat sesuatu berada dlm fikiran kamu kamu kamu n kamu…
p/s>>>puas dgn keseksian yg aku dpt…kehkehkeh…
49oz

~BURUNG ITU SEKSI…~