Posts Tagged ‘pastikan’

Pesanan Seorang Rakan…Iqra’

Sekadar menyampaikan. …… Pesanan terbaik dari seorang rakan….aku dapat dr blog Isuhangat.Net

Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama,
kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga,
surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ . Betul juga, fikir saya.
Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama,
kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua,
kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..
Ketiga,
kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
Iqra’…..!
Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…
Recite 3x : 1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.
Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Wassalam .

Email memancing Maybank2u

Aku saje letak entri yg aku baca dari sebuah blog famous n KREDIT TO  Isuhangat.Net…Aku rasa entri cukup bagus tuk tatapan semua orang tuk tujuan keselamatan kepada sesiapa yg menggunkan khidmat online bank mcm Maybank2U, Cimbclicks, PBEbank, EONBank, BSNonline, aper lg yer….tu jerk la yg aku rajin pastekan…

Xnak citer banyak just bace n amik tau psl benda2 macam ni k xpecially to all of u who use online bank…Just for info n knowledge…

Susulan dari post di isuhangat sebelum ini, http://www.isuhangat.net/2009/12/09/maybank2u-jangan-suka-suka-klik/  dan saya terbaca di sebuah blog mangsa bahawa Maybank2u tidak boleh buat apa-apa walaupun mangsa sudah mendedahkan identiti pencuri lahanat cyber tu dan walau pun sudah buat laporan polis. Ini bermakna kalau sudah terkena, peluang nak dapat balik duit kita yang kena kebas tu tu memang nipis.

Kepada semua pengguna perbankan internet hati-hati dengan email phising Maybank2u. Saya  dapat email ini semalam dan hari ini ibarat pencuri yang tak takut dosa tu semakin berani ‘memancing’. Jangan salah klik – sekali tersalah klik bermakna duit anda akan terbang melalui pelayaran data melalui media tertentu terus ke akaun pencuri cyber ni.

Tajuk Email : IMPORTANT – URGENT CONFIRMATION 
Nama Sender : Maybank Berhad (kununn)

Bagaimana nak mengenal email phising ini?

1. Untuk pengguna gmail, setiap kali anda mendapat email dari Maybank,CIMB dan mana-mana bank lah. Klik “show detail”

Apabila sudah show detail anda akan mendapat tahu alamat email penghantar yang sebenar
untuk kes ini, alamat email ialah : info@a1alerts11.com ( confirm bukan dari Maybank2u)

penipuan internet maybank2u

Link yang diberi: http://www.statem2unow.com/Message.html (confirm bukan dari maybank2u). Macam mana nak detect? Untuk pengguna Mozilla Browser, hanya klik kanan – copy link adress dan pastekan ke notepad ke tapi jangan paste di URL Bar browser anda!

2. Jika anda sudah pasti email tersebut ialah email phising , apa yang perlu kita buat ialah untuk pengguna gmail, klik reply –> pilih Report phising

Apabila saya cuba mengesan tuan punya domain perompak cyber ini;

west-may2u.com , domain ini telah didaftar dengan hosting luar negara iaitu godaddy.com dan telah dilaporkan sebagai SCAM dan tiada detail mengenai tuan punya owner ini

Perbankan melalui internet sebenarnya adalah selamat tetapi pengguna Maybank2u, cimb clicks, bankislam.biz dan sebagainya , sedikit ilmu pengetahuan IT adalah diperlukan selain dari tahu delete cookies dan file, kita mesti tahu ilmu email phising ni.

Sebarkan…

 

p/s>>ingat korg sume amik tau gak psl benda ni tau..jgn wat leka 
takut kiter plak yg terkena nanti...BERHATI-HATI K GUYS....!!!

Cool x Cool

Hari ni aku saje jerk nk kecoh2 kan gambar2 buatan….kuangkuangkuang  Model gambar ni ramai….Antaranyer, IALAH   

Babe Lynn Topo…!!!

Cutest Ajimxxx….hehe nephew aku la….

 Nephew gak…Mamat Poyo title die…  

 

Ni aku dan Dia…heppp jgn banyak tanyer…!! RINDU die…hmm~


Tuan Rumah blog ni la….

p/s>>jgn banyak tanyer…

p/s>>>jgn banyak komen…

p/s>>>>tengok ajer sbb ini entri masa bosan…

Nak wat masuk sendiri yer…CoolPhoto.Me

arah…tujuan…teruskan…pastikan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

satu memori yg menyimpan penuh tentang satu tujuan hidup…yg bermain di kepala ape yg aku nk jd bile dh besar nnti…sesuatu yg membuatkan aku terfikir mcm maner la nanti agaknye ek…itu ayat yg besa aku dgr dn tu jugak ayat yg selalu bermain kat kepala kiter kan…fikirlah sendiri…kekadang kesunyian tu satu ketenangan pd diri aku…tp kdg2 kesunyian tu jugaklah yg membunuh aku cuma terpulang pd aku nk tafsirkan ape tu…mcm tu jugak ngan korg…ape ayat yg terlintas kat kepala korg sekarang ni…jgn tipu aku klu korg ckp xder pape…hehehe masing2 simpan…perasaan aku biler tgok gmbar ni kekadang sedih kekadang tu ader rase nk jd kanak2 balik jerk…nk wat aper yg aku x pernah wat dulu…aku nk imbas semuanyer…aku nk patah balik kat zaman aku tinggalkan kwn baik aku mase kecik2 dulu…hmmm ape boleh buat…kenangan tetap kenangan it will never turn back…i need it as a picture in my life but mayb it’s not a picture but it’s a memory!!!!never ends…